Wednesday, February 18, 2009

Marah...

Marah.. Kenapa kita perlu marah? mengapa kita marah? Bagaimana kita marah? Pada sapa kita marah? Siapa yang kita marah?
Apa yang kita rasa bila kita marah? ada yang kata darah meluap-luap, menggigil satu badan kalau tahan marah, meremang bulu roma pun boleh jadi, gigi diketap, mata menjengil... Macam2 ada.
Marah ni sifat sebenarnya syaitan, syaitan dicipta dari api, maka mungkin betul darah boleh meluap-luap sebab panas api syaitan. Meremang bulu roma sebab syaitan dekat dgn kita nak hasut suruh lagi geram... Memang dasar syaitan...
So untuk hilangkan geram, macam2 cara juga org buat.. ada yang lepas geram dengan menjerit macam orang gila, yang tumbuk2 sesuatu pun ada (pukul bini pun ada), ada yang melepaskan melalui penulisan.. tetapi cara yang sebaiknya untuk melepaskan geram ialah dengan mengambil Wudhu' yang tertib dan ikhlas.. Kerna air wudhu' yang dapat menghindarkan diri dari terus marah. Api akan padam jika disiram air!

Nak marah...

Aku tiba-tiba jadi nak marah bila ada org menghina ulama'.. Kenapa boleh jadi macam ni, sedarlah wahai sedara-sedara sekalian, ingatlah kita akan mati.. akan di kira hitung segala amalan kita samada baik atau buruk.. Sesungguhnya para ulama' itu adalah pewaris nabi.. Lihat dari trampilan, gaya percakapan, kehidupan harian pun dah tahu bahawa adalah ulama'.. sapalah kita untuk mngutuk para ulama', yang mengaji agama pun hanya di sekolah-sekolah saja.. kekadang jer mengikuti kuliah maghrib itupon tertidor...

Kita jangan bangkang apa yang kita tak tahu, dan jika kita tahu pun, kita x paham maksud tersirat dari kata-kata2 seorg ulama'.. Insaflah.. mengajilah tinggi-tinggi.. bukan belajar hingga masuk universiti tapi hal agama x tau apa-apa..

VIDEO - Bacaan Al-Quran - Dengar dan hayatinya maksudnya


(Pembetulan)Surah Al-Haqqah Ayat46 - Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya dia mati dengan serta merta).