Bersemangat hari ini aku pergi keje, awal 15 minit. Sesampai jer dah jumpa HoD HR Pak Man, nasib baik. Tetapi perut aku pagi ni rasa lain macam, sakit semacam je. Aku tahan je. Pikir2 apa yang aku makan tadi, xde makan apa2 (mungkin sbb tak makan kot) atau sebab semalam makan seafood rebus kat uptown Shah Alam (mungkin juga), atau dah 2 hari aku tak memerut (paling logik ni). hehehe...
Aku naik jer 1st floor, bakal bilik aku x buka lagi terpaksa tunggu kat luar. Sambil2 tu tgk org sekeliling. Kosong. Memang sah aku yang awal ni. Duk jap kat meja luar tu sambil baca paper Sinar Harian. "Rakyat Selangor dapat air percuma Isnin ini", Wah ini sudah bagus, kurang2nya ringankan sikit beban rakyat selangor dikala segala macam benda nak naik ni. Tima kasih Tan Sri Khalid, kami sokong anda. Harap lepas ni dapat lagi dengar berita yang baik dari Kerajaan Selangor. "Letak BPR di pejabat MB" Ini pun bagus juga, barulah tiada sapa2 yang berani nak merasuah dan dirasuahi. Bagus tindakan Kerajaan Negeri! Harap negeri2 lain pun wat benda yang sama supaya rakyat percaya dengan tindakan anda. "Gaji 2 kali sebulan" ini pun bagus juga tapi aku tak merasalah, ini untuk Kakitangan Awam ajer. Kakitangan swasta, lu pikirlah sendiri.
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
9 years ago

ai dekyo..dah dpt keje sedap ko.. molek ler tu..tumpang bahgia mendengonyer..wah..dah keej ni x sempat le update blog eik...tahniah ler..keje kt ner tu??
ReplyDelete